Bismillah

Firman Allah

Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya,jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu,dan demi sesungguhnya,jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras." (Surah Ibrahim:7)

Followers

Saturday, May 21, 2011

::..Allah masih sayangkan kamu..::

Dengan lafaz BismiLLahiRahmanirrahim,salam ukhuwah kepada pembaca blog ,tangan ini tidak bermaya untuk menulis, tapi dikuatkan juga dengan seribu persoalan di benak fikiran,masih bernyawa lagikah blog PengeMis Cinta Ilahi ini?? Alhamdulillah,ku kuatkan juga langkah untuk menyambung kembali jejak langkah yang semakin longlai,harapanku menggunung tinggi untuk menggarapkan kisah teladan yang terjadi terhadap sahabatku,kita ikuti kisahnya,sebelum tu saya nak sajikan sebuah lagu nasyid kepada pembaca blog PengeMis CiNta iLahi ini tajuknya “sesekali diuji” yang didendangkan oleh kumpulan Nice ..

Apa jua bala bencana singgah menerpa

Menguji jauh mananya sabar kita

Mgkin selama ini kta terlupa

Kta terlalu leka dgn nikmat kurniaanNya

Maka diberi sedikit ujian

Mnguji tahap keimananan dijiwa

Bila kesusahan terasa hidup terlalu payah

Berbagai persoalan menerjah

Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa kerana ada rahmat d sebaliknya

Yg tdk kta ketahui

Dalam hidup ini teruslah berdoa pd Allah

Pengasih pemurah dan penyayang

Sayu hati bila meneliti setiap bait kata yang dilafazkan,lagu ni ada kena mengena dengan kisah sahabat saya yang rapat ,masih segar dalam ingatan sehingga sekarang,tapi hanya saya dan dye je tahu mengenai story ni,dia pun ada berpesan supaya merahsiakan perkara ni dari pengetahuan orang lain,dye sangat baik and tak banyak cakap, kadang2 sikapnya membuatkan saya curiga,mulanya dye bercinta tapi mendiamkan seribu bahasa mengenai perkara ni,akhirnya saya dapat tahu dengan sendiri kerana dengan beberapa sebab.. boleh dikatakan setiap hari la someone akan call dye,sebab mungkin “call free kot” , saya berkata2.. pelik gak la,hari2 call xpenat ke cakap ngan kawan,yang membuatkan saya pelik,lembut je cakapnya.. huhu,tp xpe la,sy thinking positive je time 2,lantaklah,mungkin dah lama xcakap dengan kawan mesti rindu kan..sampai la satu ketika saya tanya dye,dengan sape ko cakap 2? Dye kata cakap dengan kawan dye,pastu saya tanya la kawan laki ke perempuan?? Dye Macam teragak2 je nak jawab,akhirnya dye mention jgk.. rupa2nya lelaki,saya tanya mcmna blh kenal?? Dye x bagitau mcm mana early dye kenal dengan mamat yang entah dari mana datangnya, saya tanya dah lama ke?? Dye jawab lebih kurang setaun lbh cam tu la,huhu.. banyak lagi la saya selidik,tapi xbanyak yang saya tahu pasal mamat tu,sebab sahabat saya ni dengan gelaran Nik x bagitau dengan detail..

Sebelum tu saya ada la jgk nasihat kat dye pasal kapel ni,huhu.. saya pun xla baik sgt nk nasihat orang ni,tapi apa yang saya tau saya bagitau, xkan nak biarkan je nanti saya plak yang dapat saham dosa, xmau la .. huhuhu,dye terima je apa yang saya cakap, kta jangan sesekali terpengaruh dengan kawan2 kta,nak ikut setan masuk an-narr gak ke? Berkawanlah selagi boleh berkawan,tapi jangan ikut jejak langkah syaitan, syaitan tdk akan berhenti utk menyesatkan manusia kecuali manusia yang kuat imannya dan teguhnya keyakinan imannya kepada sang pencipta..

Akhirnya,dan tibalah titik2 permulaan hidayah di hati Nik bahawa Allah masih sayangkan kamu,saya yakin kerana Allah sangat mengasihi hambaNYa , suatu hari Nik murung dan tdk seperti biasa,saya teramat yakin mungkin ada sesuatu yang menyeksa dirinya,dan hati ini menguatkan bicara untuk bertanya .. “ada masalah ke?” pd mulanya sukar utk Nik melafazkannya, dengan tiba2 dye menangis.. masa tu saya mulai curiga,mungkin mamat tuu kot??

Akhirnya,barulah dye menceritakan dengan bersungguh2 bahawa selama ni dye bercinta dengan seorang PENAGIH DADAH, sungguh teruk bunyinya.. sesungguhnya Allah akan memberi petunjuk kepada hamba2Nya yang terpilih,subhanallah Allah sungguh baik.. Alhamdulillah tiada perkara yang tidak baik berlaku pada Nik,sebelum ni diorang seringkali berjumpa dan seterusnya hanya Allah yang mengetahui perbuatan hambaNya,saya yakin Nik dapat melupakan perkara itu secepat yang mungkin dan semoga Allah memberikan hidayah kepada lelaki itu,sesungguhnya syaitan mengindahkan pandangan manusia terhadap perkara2 keji,Allah amat menyayangi Nik.. Nik berjanji tdk akan sesekali melalui jalan yang sama lagi dan menyerahkan segala2nya hanya kepada Allah..

Ya Allah berikanlah jalan yang terbaik buatku dan juga buatnya,kami hanyalah insan dhaif dan tidak dapat melakukan sesuatu kecuali dengan izinNya..wallahu’alam..:-)

Thursday, May 19, 2011

<<.,Holiday..>>

Time cuti ambil peluang pergi ke Zoo Johor, tgk apa yang ada ..=)



Mula2 nampak kayak ni la,teringin sgt nk naik,best btul,tp letih sgt kayuh..huhu..

Jom terjah orang utan,special btul la dye ni n lawak minta makanan,tp bila makanan dah jatuh depan dye bukan nak ambik,punya la malas.. huhuhuh..
Unta pun ada
Harimau tgh berendam,dye xperasan pun time ambik pic ni..tp takoot gak kan klu tiba2 dye pndg alik belakang



kta berenti dulu nk order minum,dahaga sgt ,Almaklum la musim xmenentu skrg ni ..:=)



dah nk balik dah,snap pic dulu buat kenangan..

Ni nak promote la cket zoo kat Johor,huhuhu,banyak lagi hewan kat dalam Zoo ni,nanti pegi la ye,skrg dah kenal serba sedikit.. time cuti buatlah perkara yg bermanfaat utk mnambahkan pengetahuan dan pengalaman cthnya holiday dgn family ke pergi menimba ilmu n macam2 lagi boleh buat.. okey la stakat ini sahaja.. Assalamualaikum..:=)

Thursday, April 7, 2011

..Apa2 aje..

Sudah lama ak menyepi dalam penulisan blog,salah satu faktornya adalah masa yang terlalu menghimpit,terlalu cepatnya masa untuk bersama dengan blog aku ni..

Arghhhhh…. Aku mengeluh sendirian fikiranku berserabut dengan test,asigment,presentation .. knp nk mention kat sini plak?? Ye la aku suke meluahkan perasaan,hehe.. memang sume orang pun stress kan dengan kerjanya?? bukan ak sorang je yang tak keruan..hohohoho (gaya sin chan gelak) ak minat la gak dengan citer sin chan 2 sebab geli hati dengan watak budak kecil hingusan 2 ,bukan budak je yang tengok,orang dewasa pun ramai yang tengok.. haha..

Kenapa la aku rasa kadang-kadang membuang masa je,study pun xla mana,asyik berFB je sibuk dengan laman sosial,kenapa la FB ni sangat melaghakan?? Sometimes,aku pelik la jgk, bagi aku Fb ni hanya keseronokan,membuang masa and banyak lagi la..

Kenapa la hati resah gelisah je, xtau kenapa.. susah sangat nak dapatkan hati yang tenang,maybe banyak sangat noda hitam kat hati aku ni,ohhh tidaaakkk.. mungkin aku perlukan banyak mujahadah untuk membuang sume karat-karat nafsu kat hati ni.

Benarlah,dalam hati manusia terdapat satu penyakit,yakni penyakit hubbud dunnia,cinta akan dunia.Kadang2 Buat sesuatu kerja sume xkena,asyik nak menunjuk-nunjuk je,aishhhh ...xikhlas betul la.. macam mana nak ikhlas?? Ikhlas ni ibarat semut hitam pada waktu malam berjalan di atas batu,kita xtau kehadirannya,betul x?? haaa,macam tu la ikhlas..

Di alam remaja ni,banyak sangat bahana,banyak sangat ruang untuk kita berseronok2.. Sahabat jika kita bergelar seorang pelajar manfaatkanlah masa kita sebagai seorang pelajar,jangan kita nak buang masa remaja ni dengan perkara2 lagha.. aku ingat kata2 ni dari seorang ustaz,memang benar,klu kta xpilih jalan susah untuk menggapai satu perkara kebaikan and then,bila masa remaja itu berlalu,masa 2lah kta sibuk nak menyesal,heyy manusia,ko menyesal pun xde maknanya . 2 la time orang suh study kata malas,nanti dulu,last2 xmenjadi sume keja. Hehe,kasar gak bahasa aku ni,kata2 ni just aku sindir kat diri sendiri je,klu orang lain terkesan dengan kata2 aku ni Alhamdulillah.. huhu,aku ni lembut sebenarnya,mudah terguris,tapi cepat sejuk,Alhamdulillah sekali kali,aku xsuke berdendam dengan sape2 pun.. hehe,sebab aku selalu ingat kesalahan diri sendiri.. wahhh,puji diri sendiri nampak? Dah la cukup setakat 2 je aku ceritakan pasal diri aku,nanti orang lain baca tulisan aku ni xke malu..hehe,jangan ambil hati tau sahabat2 yang membaca tulisan aku yang xseberapa ni ye..

Oklah,aku rasa cukup setakat ni je.. aku wat keja lain plak,takkan asyik duk berblog je sehari suntuk.. kena siapkan kerja lain jugak.. aku ni xla seberapa sgt ilmunya,sikit sangat2.. aku suka kalau ada kawan yang suke nasihatkan aku,hehe.. ok dah la,klu ada masa sudi2kanlah comment kat bawah ni ye,bagi kata2 semangat kat aku ni ha.. ukhwah fillah Abadan abada,ilalliqa’ sahabat2 .. klu ada masa aku datang balik,klu umur masih panjang insyAllah kita bersua lagi..

Assalamulaikum..

Thursday, December 23, 2010

..::Kata2 Hatiku..::


Salam diberi, buat semua teman2 .. knapa diriku semakin hari semakin malap,lesu,lemah? ..Kenapa aku mudah putus asa setiap kali diuji olehMu??? Allah mengetahui setiap segi hamba2NYa..

Selepas cuti sem ary tuu,slps abes Exam,ak terus berlepas ke Johor bersama apak,dan 3orang adik menaiki keretapi dr Kuala Krai-Tampoi ..satu hari berada berada dalam keretapi,, Alhamdulillah,perjalanan kami selamat tiba , tiada apa2 yang berlaku sepanjang perjalanan.. Semuanya selamat ..

Adik ak yang lelaki bongsu semakin hari semakin teruk penglihatannya,gara2 penyakit” Tumour dalam saraf mata” .. Xbererti kata2 putus asa yang selalu keluar dari mulut,, Allah datangkan ujian kepada hambaNYa adalah hikmah pelajaran dari semua itu.. Semoga kita tabah menghadapi segala ujian yang mendatang .. Allahu Rabbi sekali kali, Arwah mak pun ada penyakit sebelum kematiannya,tu pun dia tahu xsilap ak 3bulan sebelum pemergiannya.. dia mengidap penyakit “Kanser Serviks” tp yang paling ak hargai semangatnya melawan penyakit.. ak betul2 tdk tahu tntg penyakitnya, dgn hanya satu perkataan “rahsia” .. apak ak cakap bab apa dia xnak bagitau kat anak2 dia,dia takut anak2nya risau dgn keadaannya .. slps pemergiannya barulah kami adik-beradik tahu keadaan penyakitnya yang sebenar selepas seminggu dia berada kat hospital ..Tp,suratan takdir telah tertulis di Luh Mahfuz .. “MAK ORGE SAYE MAK SAMPAI BILA2 “ ..Hanya itu kata2 yg dapat ak ungkapkan dari dlm sanubari jiwaku ..

Pejam celik pejam celik ,dah nak masuk setahun dah pemergian mak.. dalam masa sesingkat ini juga, ak sekarang sudah menginjak tahun kedua akhir di bumi Terengganu .. Ishh,kejapnya rasa dah nk masuk tahun 2011 .. apa amalan ak setakat ni?? Namun xtercapai dek akal untuk memikirkan macam mana keadaan kita d masa hadapan kelak .. hanya Allah SWT a’Lam ..

Semalam ak dapat khabar mengenai keputusan final sem 3,Alhamdulillah ada la jgk sedikit peningkatan dari sem lepas .. Namun ak bersyukur walaupun xdapat target yang ak impikan ..Xbermakna kita kalah di sini,banyak lagi cabaran yang perlu kita harungi sebelum menginjak ke gerbang kejayaan .. dengan umur yang masih mentah ini,akanku cari lagi seberapa banyak mutiara sehingga nafasku benar2 sampai ke pengakhiran.. ya Allah,jangan sekali2 Engkau kalahkan diriku dengan putus asa,sebab putus asa itu dari syaitan ,musuh ketatku.. Engkau lapangkanlah dadaku,spy ak lagi semangat untuk mencuba dan terus mencuba lagi.. Terima kasih xterhingga juga kpd Lecturer yang mengajarku .. semoga Allah sentiasa memberkatimu wahai guruku .. dan juga sekalung tahniah diberikan kepada sahabat2ku dunia akhirat yang telah berjaya dengan baik ..

Setakat ini saja kalam dariku,semoga kita sentiasa berada dalam makrifahNYa menghadapi onak dan duri dalam mehnah penghidupan ini .. Janganlah kalian patah semangat, cuba lagi dan jangan putus asa, krn kta hanyalah hamba yang lemah.. Tulisan saya ni beasa2 je ,,sememangnya lahir dari lubuk hati saya sendiri , walaupun ada kesalahan dari segi struktur ayatnya .. wallahu’alam ..

Sunday, December 19, 2010

..Peringatan bagi Mereka Yang Melewatkan Solat ..

بسم الله الرحمن الرحيم

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..


Saturday, December 11, 2010

~..Ada Solehah Dalam Diriku..~


Assalamualaikum,bersua kembali kita di sini,Alhamdulillah dgn keberkatan umur,kta masih berada di bumi Allah ini.. sama2 kta perbanyakkan amalan,entry sy kali ni Berkisar mengenai cerpen yg bertajuk "Ada Solehah Dalam Diriku" Jom sama2 kita baca,menarik cerita ni .. 5 minit je baca xlama pun ..

Izah mengirai-ngirai rambutnya yang masih basah. Diselak-selak sendiri dengan tangannya yang mulus. Kemudian, dilap kembali dengan tuala pinknya. Membalut, seterusnya menyanggul rambut ikal mayang basah nya itu.

Dia menapak ke sisi katil. Telefon bimbitnya digagau di bawah bantal. Ia berkelip. Ada dua mesej tertera. Kedua-duanya sudah tidak sabar untuk dibuka. Izah duduk di tepi katil, lantas menekan butang 'open'. Ada mesej dari Ikhwan, ada mesej dari Dzikry. Sambil senyum tipis, membaca sekilas mesej Ikhwan, Izah membiarkannya. Membuka pula mesej Dzikry, juga tersenyum tipis.

Izah berkeputusan membalas kedua-dua mesej tersebut. Sebetulnya sebelum mandi tadi, memang dia sedang bermesej dengan kedua-dua lelaki itu. Dia meletakkan telefon bimbit itu ke atas meja belajarnya. Mengambil losyen Nivea kemudian melumurkan ke bahu kanannya. Jam dari laptopnya berdenting sekali menandakan sudah pukul 7 malam.

Sambil meratakan losyen ke seluruh lengan kanannya, Izah menekan butang 'reply'.

"X wat apa pun..baru siap mandi.."

Izah menekan butang send.

Pintu bilik diketuk perlahan. Salam halus kedengaran pintu bilik dikuak. Muncul Fasihah dengan senyumannya yang manis. Rambutnya juga dibalut dengan tuala, persis Izah. Cuma yang berbeza, Fasihah nampak manis dan sopan dengan baju kelawar bercorak batik labuhnya. Berlengan panjang santak ke hujung lengan. Warna biru laut yang ceria, dihiasi warna-warna pastel yang lain. Tompokan bunga pink, kuning, hijau epal dan lilac tambah menyerikan gadis itu. Sedang Izah ada di birai katil, dengan handphone di tangan, masih selesa berkemban dengan kain batik.

Fasihah cermat-cermat meletakkan baldi berisi bekas mandi dan peralatan mandinya bersebelahan baldi Izah di ruang kanan bilik itu. Kipas siling di bilik 30x25 itu berpusing ligat. Fasihah lantas meleraikan balutan rambutnya. Terurailah rambutnya yang ikal mayang berkilat santak ke punggung itu. Dia mengambil sikat dan menyikatnya perlahan. Usai merapikan rambut, dia terus menyarungkan jubahnya. Anak telekung dipakai, dan telekung solat disuakan ke mukanya. Dia membuka lokernya, menyorong laci seterusnya mengeluarkan sepasang sarung kaki coklat yang baru. Menutup pintu loker seterusnya mengenakan sarung kaki tersebut.

Izah terus-terusan menghadap handphonenya. Fasihah melihat wajahnya sekilas di cermin. Jam berdenting sekali lagi dari laptop Izah menandakan sudah pukul 7.15 malam.

"Ahh..aku perlu cepat. Tak lama lagi azan akan berbunyi. Nanti tak sempat pula nak beriktikaf dan solat sunat qabliyyah," bisik Fasihah.

Fasihah senyum sekilas pada Izah. Izah hanya membalas dengan pandangan kosong. Fasihah terus keluar dan menutup pintu cermat-cermat, dengan Al-Qur'an hijau kesayangannya di tangan kanan. Tanda tanya timbul dalam hati Izah.

"Aik..selalunya dia ajak aku ke surau bersama.. Em, takpelah..bagus jugak. Takdelah aku serba salah nak cari alasan.. Peliknye..nak pi surau je, dekat je pun..nak pakai stokin jugak..hai.." Izah senyum sinis sambil terus menyambung menaip pesanan ringkas.Dzikry menunggu di hujung sana.

Tepat pukul 9.30 malam, Fasihah pulang dengan menjinjit beg plastik. Masih dengan senyumannya, dia hati-hati meleraikan telekung solatnya yang sedikit biru nila itu. Usai disangkut di hanger, lantas menggantungnya di hujung katil, Fasihah menyuakan bungkusan itu pada Izah yang leka mengadap laptopnya. Ada bunyi deringan menandakan mesej masuk. Bunyi mesej YM.

"Zah, jom makan sama-sama. Ada biskut raya. Amalina yang bagi, dia ajak singgah ke biliknya lepas solat Isya' tadi. Baik sangat dia, padahal baru kenal tadi."

Izah berpaling sekilas sambil senyum.

"Emm, takpelah. Kite dah makan petang tadi. Awak makanlah. Malam kite tak makan sangat..takut badan naik..haha," jawab Izah berbasa-basi.

"Owh..ye ke..baguslah. Doktor, mesti jaga kesihatan kan.." Fasihah senyum ceria.

Fasihah mengambil sekeping biskut Almond London, menyuakan ke mulut. Getaran Bismillah kedengaran halus. Usai mengisi lebihan biskut ke dalam tabung biskut di rak teratas, Fasihah mencapai buku teks Usul Akhamnya. Duduk mengadap ke arah kiblat, Fasihah membuka buku tersebut dengan bacaan Bismillah.

"Eii.. tolongla jangan panggil aku Zah. Macam nama orang tua je.. Em, hairan aku. Ramai betul kawan dia. Kejap Sumayyah, kejap Suhaila, kejap Aina, kejap Amalina..mm..apa-apa jelah..." gumam Izah di dalam hatinya.

Pukul 11.30 malam, Fasihah beberapa kali menguap. Izah masih tekun di hadapan laptopnya. Facebook sedang dilayari. YM masih terus dilayani, malah tambah rancak berbunyi.

Fasihah bangun mengambil baldinya. Dia keluar ke tandas yang berada selang beberapa bilik dari bilik kediamannya, D643. Usai memberus gigi, membersih muka dan meratakan air wudhu', dia menapak ke biliknya.

Fasihah membuka mushaf kesayangannya, menyelak tali oren, tempat tanda Surah Al-Mulk. Usai membaca habis surah itu perlahan-lahan, dia menutup mushaf itu, mengucup, mencium dan meletakkan ke dadanya. Erat.

"Zah, hah tidur dulu ea. Em, Zah jangan tidur lewat sangat tau... nanti ada black circle.. nanti hilanglah keayuan Zah..hehe.."

Izah senyum pada Fasihah.

"..Baiklah.. kite pun dah ngantuk jugak ni.."

Fasihah sudah lena dibuai mimpi. Dia tidur mengadap kiblat, dengan rusuk kanan berada di bawah. Desahan nafas halus berirama perlahan.

Pukul 12.30 malam, Izah masih di hadapan laptopnya.

"Ahh..belum solat Isya' lagi..tapi ngantuk la pulak.. Em..tidur dululah. Bangun pukul 4, baru Solat Isyak.."

Izah terus merebahkan badannya ke atas tilam empuk bercadar pink bunga merah itu, sambil menetapkan alarm telefon bimbitnya pada pukul 4 pagi. Tidak lama untuk dia mula belayar di lautan mimpi...

Pukul 3 pagi, Fasihah bangun. Menyucikan diri, menyucikan hati dan nawaitu. Menyegarkan diri dengan air wudhu', Fasihah mengenakan telekung solatnya. Sengaja dia menggantung telekung di hujung katilnya, agar terbangun sahaja, dia dapat melihat telekung itu seraya mengingatkan dirinya untuk solat malam.

Ahh.. solat malam. Nabi Muhammad S.A.W yang maksum, dicintai Allah dan pasti masuk syurga itu saja solat hingga bengkak kakinya. Sedang aku ini.. Maksum? Jauh sekali. Dicintai Allah?? Tak pasti... Syurga?? Ahh.. aku yang hina begini.. entah lah Ya Rabbi. Justeru itu.. izinkan aku bangun di dini hari-Mu ini.. meratap sendu di kaki-Mu Ya Ilahi Rabbi..memeluk bayangan-Mu Ya Habibi Qalbi.. bersimpuh tulus di hadapan-Mu Ya Naasiri..Ya Waliyyi..Anta Maqsuudi..Waridhaaka Mathluubi..

Sekejap sahaja air mata penuh di tubir mata Fasihah. Sendunya berlagu perlahan.. bimbang didengari teman sebilik. Dalam doa dia bertawakkal. Bulat, penuh. Usai berzikir perlahan, membaca Al-Qur'an barang tiga muka, solat witir, Fasihah merebahkan badan kembali, dengan mata yang masih basah.

Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, handphone Izah berbunyi. Lagu Lady Gaga.

"Bunyi call? Atau alarm? Tapi biasanya kalau call... bunyinya macam lain.." Fasihah terkejut.

"Emm, pukul 4 pagi. Bangun bertahajjudkah?" Fasihah berteka-teki.

"Alhamdulillah.."

Sudah 3 kali handphonenya berulang dering. Namun Izah hanya bergerak-gerak tanpa memberi tindak balas apa-apa.

"Mungkin dia tidur lewat. Penat benar.." terka Fasihah.

Atas dasar sahabat, dan mungkin niat yang baik di disisi Izah, Fasihah menggerakkan Izah. Mungkin benar dia mahu bertahajjud, kasihan dia jika terlepas. Atau ingin mengulangkaji.. tidak kisahlah. Yang pasti tentu dia ada maksud tersendiri untuk bangun di dinihari itu. Jikalau tidak, masakan dia set alarm handphonenya.

"Zah.. Em.. Izah... Izah. Izah nak bangun ke?" Fasihah menyentuh kaki Izah lembut. Kemudian, Fasihah berhati-hati menggoncang bahu Izah.

"..Ha..Emm..Ya..Ya.." Izah menggosok-gosok matanya. Dia bangun dan duduk di birai katil. Mematikan alarmnya.

Fasihah kembali merebahkan badannya di katil. Cadar warna ungu muda itu dikemaskan sebelum dia merebahkan badannya. Dia tidak tahu bahawa Izah sebenarnya terlena kembali.

Tepat jam 5.30 pagi, Izah terbangun kembali.

"Aduh!! Solat Isya'!"

Mengerling handphonenya sekilas, Izah buru-buru ke tandas untuk mengambil wudhu'. Fajar Subuh akan menyinsing sekejap lagi.

Usai solat, itupun cuma 2,3 minit, Izah melepaskan kelelahannya yang berbaki.

"Ah..nasib baik sempat. Tak pasal-pasal aku kena ganti nanti... macam dua hari lepas..."

Bukan tak selalu Izah begitu. Qadha' solat disebabkan kebiasaannya melewat-lewat dan menangguh-nangguhkan solat. Itupun jika rajin dan teringat. Sudahnya dibiarkan sahaja tanpa menggantinya. Dalam remang bulan dan cahaya lampu mejanya, Izah tertangkap pada helaan nafas halus. Cukup teratur. Ia begitu mendamaikan. Lantas Izah menyoroti pula wajah itu. Ia tambah mendamaikan jiwa.

"Tak banyak beza antara aku dan dia. Rambutnya ikal panjang, lebih kurang sama saja dengan aku. Aku lebih cerah. Aku juga lebih kurus dari dia. Tapi, kenapa dia sangat menawan hati? Renungan matanya bening dan cerah. Kalau aku pun dah fikir begitu, entah apalah pandangan dan fikiran lelaki lain. Agak-agaknya dia ada tak pakwe? Tak pernah sekali pun dia cakap pasal lelaki. Kalau kawannya datang, tak pernah pun bincang pasal topik tu.. habis-habis tentang kuliah-kuliah agama, usrah, isu-isu semasa... tarbiyyah...apa tu? Aku??.." Izah bermonolog dalam hati sendiri.

"..Waktu tidur, Fasihah lagi cantik. Sangat puas menatap wajahnya yang lembut dan bersih itu. Aku? Entahlah...Ahhhhh..." Izah membanding beza lagi. Menjerit kecil dalam relung hati sendiri.

Pandangan mata Izah tertancap pada tangan Fasihah. Lengan bajunya tersingkap ke paras siku. Ada garis di situ. Garis di pergelangan tangannya jelas kelihatan.

"Ah.. jarang sekali untuk melihat lengannya begitu, apatah lagi sering berkemban macam aku.. Ya Allah, dia sebenarnya sangat putih. Cuma tangannya je yang sedikit berlainan. Inilah bukti dia menutup auratnya dengan baik sejak dahulu.. sedang aku? Selesa berlengan pendek ke sana ke mari.." Izah mula sebak.

Dia memandang kembali wajah Fasihah. Garis yang sama juga kelihatan di sekeliling wajahnya yang penuh itu. Ini kerana dia istiqamah dengan tudung labuhnya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Menurut foto yang dilihat Izah di atas meja belajar Fasihah.

"..Ya, dia sebenarnya lebih putih dari aku.. lebih cantik dari aku. Aku sahaja yang perasan lebih sebelum ini. Tapi aku akui melihat dia mengenakan telekung solat atau tudung labuhnya, begitu mendamaikan jiwa.."

Izah segera teringat. Waktu itu Fasihah tertinggal bakul bajunya di bilik. Asalnya mungkin dia berkira-kira untuk membasuh baju tersebut. Ada dua helai semuanya. Jubah dan tudung labuhnya Kebetulan mungkin dia terdengar suaraku di bilik mandi itu. Ahh.. aku juga sebenarnya yang mulut luas, bising sahaja berborak dalam bilik air itu. Kebetulan aku terjumpa Zura, roomateku sesi lepas. Apa lagi, tentunya topik itu menjadi bualan. Aku tentang Dzikry dan Ikhwan, dan Zura kecoh sekali menceritakan mengenai teman chatting yang baru dikenali, Faiz. Baik dan romantik katanya.

Selepas Zura berlalu membawa bersama pinggan-pinggan dan mug yang katanya tidak berbasuh sejak dua hari lepas, Fasihah segera memanggilku dari dalam bilik air. Dia meminta tolong supaya mengambil bakul baju tersebut. Aku tidak kisah. Bukan aku tidak pernah meminta tolong darinya sebegitu.

Saat aku menyuakan bakul tersebut, dia membuka pintu bilik airnya. Dia berkemban, dan kelihatan agak kekok. Buru-buru dia mengambil bakul tersebut dan mengucapkan terima kasih padaku, lantas menutup kembali pintu bilik air. Sedang aku seperti tersihir. Dia amat cantik!!

Air mata Izah mula bertakung.

"Aku ini, nama sahaja Hafizah, Yang Terpelihara.. tapi tidak pun menggambarkan peribadiku.. entah apa yang terpelihara. Auratku kah? Pergaulanku kah? Ibadahku kah? Ahh..semuanya tidak!" Air mata Izah tambah melebat. Dia sedaya upaya menahan esakan tangisnya.

Dia merasa sudah lelah pada permainan dunia. Yang pasti, dia bukannya bahagia begitu. Ada juga dia berbincang-bincang dengan teman-teman se'kepala'nya. Hasil muzakarah, mereka mencapai kata sepakat : "Untuk apa menjadi hipokrit. Jadilah diri sendiri!" Awalnya dia bersetuju. Lama kelamaan dia mula goyah dengan doktrin itu. Itupun setelah bermesej dengan seorang ustazah, Ustazah Sakinah namanya. Ustazah Pendidikan Islam sekolah menengahnya dahulu.

Kata ustazah, "Hipokrit yang bagaimana dimaksudkan? Contohnya begini, kalau kita boleh memilih.. telur, beras, gred Exam umpamanya, mesti kita mahu yang gred A. Justeru itu juga dalam kita memilih halatuju hidup kita. Tentunya kita mahu semuanya yang terbaik, gred A. Ibadahnya, pergaulannya, pemakaiannya, semuanya gred A. Gred A dan sebagainya itu tentulah sudah ada dalam suluhan agama. Hanya kita selama ini yang hipokrit, memilih gred B, C dan sebagainya sedangkan hati kita sebenarnya mahu Gred A. Fitrah kita asalnya cenderung pada Gred A, kerana agama Islam itu sesuai dengan fitrah. Cuma kita yang menjadi hipokrit pada diri sendiri, menafikan kemahuan hati sendiri, ego pada kata hati sendiri!"

Selepas banyak berbincang dengan Ustazah Sakinah, aku seringkali memikirkan mengenai perkara ini. Cuma, untuk bertanya pada Fasihah, aku sebenarnya rasa malu. Dalam erti kata lain, egokah aku?? Ya, aku sebenarnya ego. Ternyata aku memandang rendah pada pelajar jurusan Pengajian Islam. Fikirku, aku jurusan Perubatan. Bagai langit dan bumi. Melangkah keluar sahaja dari universiti aku bisa memilih untuk bekerja di hospital manapun. Tiada istilah menganggur dalam kamus kehidupan seorang graduan perubatan. Namun aku lemah, aku kalah dalam menaksir makna sebenar sebuah kehidupan. Maka, jadilah aku seperti sekarang.

Mataku sudah menjadi umpama empangan yang pecah. Air mata tak tertahan lagi. Ternyata selama ini aku mengingkari fitrah, suara hati sendiri. Aku sebenarnya amat dengki pada mereka. Entahlah, susah untuk kugambarkan. Mereka manis dan sopan menjaga aurat. Persahabatan mereka bukan retorik, malah susah sekali untuk mendengar kata-kata kesat keluar dari bibir mereka. Apatah lagi untuk bergaduh, bermasam muka sesama mereka. Bergaduh kerana lelaki? Mempermainkan perasaan lelaki? Ah.. untuk mendengar nama seorang lelaki dari bibir mereka pun amat payah. Yang pasti, lelaki yang soleh tentulah untuk mereka. Mereka-mereka yang meletakkan agama dan Allah di tempat teratas, lebih dari segala-galanya. Sahabat, aku juga ingin sepertimu. Dalam ketenangan menghadapi hidup ini....

Di saat itu aku merasa akulah insan yang hina di hadapan Fasihah. Apatah lagi, aku merasakan akulah manusia yang paling kerdil dan hina di hadapan Allah. Umurku sudah 22 tahun, seperti juga Fasihah. Namun aku amat pasti, dia sudah jauh belayar ke lautan cinta Allah, dan mungkin sudah sampai ke pantai kemanisan iman. Sedang aku masih tersekat-sekat jauh di atas gunung sana. Muara masih jauh dalam genggamanku, apatah lagi untuk mula belayar di lautan cinta Ilahi dan tiba ke pantai kemanisan iman..

Fasihah bergerak-gerak. Aku segera menyapu air mataku, dan berpaling ke sisi lain. Fasihah bangun, melipat selimut, dan mengemaskan katilnya. Dia segera menuju ke bilik air bersama baldi dan tualanya. Tak lama kemudian, dia kembali ke bilik. Mengambil bakul bajunya. Azan Subuh berlagu syahdu bagi jiwa-jiwa yang hidup.

"Emm...... tak ke surau ke....." tuturku lambat-lambat.

"Emm..tak boleh solat pulak. Baru je.. Cadang nak basuh baju.. kenapa Zah?" Fasihah terkejut.

"Haa...takde apa-apa.."

Fasihah berlalu, dan aku berbelah bahagi. Cadangnya aku ingin bersamanya ke surau. Aku merasa tak kuat dalam keseorangan.

Tiba-tiba aku bangun. Kekuatan menerpa ke dalam jiwaku. Lalu mulai saat itu aku tekad! Saat aku melangkah kaki ke surau, meninggalkan bilikku pada fajar yang hening itu, aku bertekad untuk meninggalkan jua segala fitrahku yang songsang. Walau aku harus sendiri, aku ingin merasa indahnya hidup bertemankan Allah dalam setiap langkahan kakiku, dalam setiap hela nafasku. Ya! Inilah jalan hidupku yang ku cari-cari.

Sedang dari jauh ada sepasang mata memerhatikan. Ada air hangat mengalir di situ...

"Sesungguhnya Dunia dan Segala Isinya adalah Perhiasan.. dan Sebaik-Baik Perhiasan Dunia ialah Wanita Solehah..."