Bismillah

Firman Allah

Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya,jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu,dan demi sesungguhnya,jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras." (Surah Ibrahim:7)

Followers

..::.. Kenangan BersaMa Emak sehingga akhir hidupnya (Salmah Salleh) ..::..


Bermulanya diriku, dilahirkan oleh insan yg bergelar emak.. insan yg paling kukasihi,kusayangi smpai bila2 hgga akhir hdupku.. aku jg berjanji dgn diriku, bila beliau tua nanti aku ingin m'jganya spt dye m'jgaku smasa kecil, btapa kerdilnya diriku ini kalau dibandingkan dengan mak yg tlh melahirkanku.. aku memiliki adik-beradik seramai lapan 0rg,enam org perempuan dan dua org laki2 manakala aku anak yg kelima.. aku sgt bersyukur dgn takdir yg telah ditentukan oleh Allah kpd hambaNya w/pun mak bercita2 mendambakan anak lelaki, kita sbg hambaNya perlu bersyukur d atas sgala nikmat yg telah dikurniakan..

Betapa bersyukurnya aku mmiliki insan yg bergelar ibu, emak seorang yg baik dan byk jga dugaan yg ditempuhinya seketika umurnya, mak lahir drpd keluarga yg latar belakangnya ckup dgn ilmu melalui seorg datukku yg cukup tegas dan sgt prihatin terhadap anak2nya, emak anak sulung drpd enam adik-beradik, manakala nenekku seorang yg buta tp celik mata hatinya.. manakala datukku pula sdh sekian lama mninggal dunia.. siapalah aku tanpanya jika mak tdk dlahirkan ke dunia ini?

****************************************************
Mendung di awan tdk selalunya cerah, kdg2 cerah kdg2 mendung kdg2 ribut dan begitulah seterusnya.. begitu jg dgn putaran khidupan, ibarat spt roda kdg2 berada d atas kdg2 berada di bawah.. yg kita perlu hanyalah bersyukur dgn nikmatnya, kemewahan dahulu ibarat tinggi spt gunung kini hancur menjadi debu sdikit demi sedikit..

ingin kuceritakan di sini mak seorg yg tabah mengharungi hdup berbekalkan dgn kjayaan anak2nya,InsyAllah.. aku lbh gembira melihat tawa riang mak yg kini, jk hndak dbandingkan dgn dulu krn ada saja masalah yg mnimpa.. pd tanggal 19.12.2008 merupakan tarikh keramat yg cukup membahagiakan seisi keluargaku..
Allah!! ini adalah rezki drMu..

19.12.2008 kul 2.45a.m

wah, bestnya nk sambut baby baru, xsabar rasanya nk tgk laki ke pompuan..

Apok: "mmg comform ni baby boy"

ye ke? bestnya..

tiba2 seorg doktor kluar m'khabarkan berita gembira ni smbil mnunjukkan ke arah kami seorg baby yg kiut miut..

doktor, ni baby boy ke gilr? doktor membisikkan ke arah kami smbil tersenyum ..

baby gilr..

hati kami tersentak seketika saat diberitahukan berita itu, persoalan yg penuh dgn tanda tanya kini terjwb, ternyata tanggapan Apok salah.. Apok hanya tersenyum tanda redha..


kakakku: nak buat camana best jgk apa, klu ramai perempuan lagi bagus,dpt meringankan beban mak jgk,hehe..

"Mak camana setakat ni"? tanya aku..

"Alhamdulillah,"

"sakit tak"?

"blh tahan la jgk sakit,"

"xpe la, mak rehat dulu jgn banyak bergerak nanti sakit plak..
mak..!! kat rambut adik ada tanda putih, mcm uban jew.."

"ye kew? menarik tu (mak tersenyum sendirian).."

Setelah itu kdengaran bunyi adikku yg kecil sedang menangis, sayup2 kedengaran.. sayu hatiku mendengarnya, lalu apok merangkul tubuh yg kecil itu sambil memuji kebesaran Allah.. tidak berapa lama kmudian suara halus yg memecah keheningan malam itu, tidak lagi kedengaran dan berhenti krn teruja dengan Alam yg dianggap janggal baginya..

********************************************************
setahun kemudian~

SHAMIMIE dah besar pun, comelnya.. Mirip mak la, aku ketawa sambil melihat tubuh yg kecil bermain2 bersama abangnya yg kdua bongsu..
Mak: xpe, besar nanti mak nk ajar shamimie mngaji Al-Quran sampai pandai..

Di samping itu, mak juga mengajar org mengaji Al-Quran di rumah, kata mak "bila kita mati nanti ini adalah salah satu amalan yg tidak akan putus bila meninggal nanti.. dan hanya 3 amalan yg tidak akan putus", beritahu mak kpd aku.. aku mendengar dengan penuh kusyuk dan teliti..

"kesian kat syamimie tu, yg lain semua dah besar tinggal yg bongsu ni je, baru masuk satu tahun, nanti kalau mak tak ada nanti jaga adik baik2 ye? beritahu mak kepada aku dengan bersungguh2 macam betul2 plak perkara tu akan berlaku..

aku mengerutkan dahi sahaja, " kenapa mak cakap macam tu? mak kan masih muda lagi,tengok tu, adik pun tak tau apa2 pun lagi, adik sharul plak dah la tak sekolah disebabkan masalah penglihatan dan masalah ketumbuhan di kepala, kesian la kat adik2 tu nanti,tak mungkin la semua tu.."

mak hanya tersenyum mendengar kata2 aku, " kita mana tahu pasal ajal ni memang Allah dah tetapkan semuanya,firman Allah: "kullu nafsin za iqatul maut" setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian..
"Betul tu mak, dan ingatlah"..
Dunia hanyalah satu Oasis yang perlu kita tinggalkan setelah menjalankan tanggungjawab dan tugas yang diberi. Berilah apa saja alasan kerana sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui bila saat kita akan kembali padaNYA..

"Erm, tau pun.. masa ni la kita kena merancang untuk memperbanyakkan amalan kita"

Aku hanya diam seketika berfikir sejenak, "macam mana hidup aku nanti tanpa mak? ishh tak kanlah, buat apa aku nak risau, semua tu tak mungkin berlaku, sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan hamba2NYA, takkan lah Allah nak membiarkan aku dan keluarga aku terkapai2 menjalankan kehidupan tanpa ihsan seorang ibu, jadi tak mungkin semua tu.. Arggghh..."

setelah aku bermonolog sendirian, aku melihat kegembiraan di wajah mak sedang melayan kerenah shamimie yang berumur satu tahun itu, jiwaku sedikit terharu kerana bukan senang untuk melihat keceriaan diraut wajah mak, yang sebelum ini sentiasa sibuk dengan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga sepenuh masa..manakala aku pula masih menuntut di Universiti Darul Iman Malaysia dalam course usuluddin, itu adalah pilihanku..

******************************************************
13 January 10, 3.40p.m... berada di bilik kuliah di kampus

" aku mendapat panggilan talifon dari kakakku bertubi2,seolah2 ada perkara yg penting hndak disampaikan, masa tu ustazah nik sedang mengajar subjek mutolaah di dalam kelas, dengan serta-merta aku meminta kebenaran ustazah untuk keluar sekejap untuk menjawab panggilan itu..

"Assalamulaikum"

"waalaikumsalam"

"kenapa kakngah? aku tengah belajar ni,

" ikah mak sakit ni, sekarang kat hospital, mak suruh balik"

"kenapa dengan mak?"

"mak nak cakap dengan ikah ni" sambil meletakkan henfon di telinganya..

b a l i......k ikah m a k sakit niii,,

aku tidak mengerti kata2 mak pada saat itu kerana suaranya sayup2 kedengaran tenggelam timbul di gagang talifon, yang dapat aku lakukan hanyalah menangis semahu2nya dan kembali mengesat airmata untuk masuk ke dalam bilik kuliah..

setelah itu aku meminta kebenaran ustazah untuk keluar lebih awal untuk pulang ke kampung, tanpa berdolak-dalih ustazah membenarkan aku untuk keluar lebih awal di atas alasan yang aku berikan, cukup memuaskannya kerana ustazah dapat melihat kerisauan di wajahku ketika itu..

6.25p.m di kaunter bas

"boleh saya dapatkan tiket untuk pulang sekarang?

"maaf, tiket sudah habis..
cik boleh dapatkan pada pukul 8.30 nanti"

"Alhamdulillah, terima kasih ya," sambil menghulurkan wang tiket kepadanya..

aku memulakan langkah dan mencari tempat berteduh sementara menunggu azan maghrib berkumandang.. setelah selesai menunaikan solat, aku bergegas pergi ke tempat menunggu bas dan menanti masa yg telah dijanjikan..

yang dapat aku lakukan hanyalah berdoa supaya mak akan kembali sembuh, sambil mengesat airmata yang mengalir..

*********************************************************
11.00p.m

Akhirnya, saat yg ditunggu sudah tiba.. abangku sudah menunggu untuk menjemputku di perhentian bas, hatiku tertanya2 sendirian apa yang terjadi dengan mak? aku melihat seribu kerisauan yang singgah di raut wajahnya, aku hanya mendiamkan diri ketika itu kerana tiada yang dapat aku soalkan melainkan melihat sendiri keadaan mak itu nanti..

sampai sahaja aku di hospital, aku melihat seluruh keluargaku berkumpul mengelilingi mak yang sedang tenat pada waktu itu, aku tidak mengerti sehingga begitu sekali keadaan mak,wajahnya pucat, matanya kuyu dan melihat tubuhnya dihubungkan dengan mesin hayat..

pada masa itu, yang dapat aku lakukan hanyalah menangis semahu2nya melihat wajahnya menatap diriku dengan penuh kasih sayang sambil menitiskan airmata kesedihan.. semua adik beradikku berada di sisinya ketika itu, mencium dan menangis di sampingnya dan mententeramkan mak..

mulutnya tidak henti2 terkumat-kamit membacakan ayat2 al-quran, tanda ingatan kepada Allah yang akan menjemputnya sebentar lagi,, aku dirundung rasa bersalah kerana cita2ku utk menjaganya di waktu tua nanti sudah terkubur begitu sahaja, "terlalu cepat mak pergi, dengusku sendirian.."

adik beradikku yang lain bergilir2 meminta restu dari mak sebelum pemergiannya, hatiku terusik dibelenggu rasa sedih yang teramat..

Mak hanya tersenyum dan masih lagi tersenyum walaupun dirinya menahan kesakitan yang dihidapinya, doktor mengesahkan bahawa mak menderita kanser servik.. sebelum ini mak tidak pernah pun menceritakan tentang penyakit yg dihidapinya, kami hanya terus menangis dan menangis di atas penderitaan yang ditanggungnya,...

kami betul2 tidak percaya bahawa, mak sanggup menyembunyikan penyakitnya sekadar untuk melihat kegembiraan di wajah anak2nya..

"Subhanallah, begitu sekali kasih sayang mak terhadap kami.."

*********************************************************
tidak berapa lama kemudian mak bertarung nyawa utk pergi meninggalkan kami semua, perkara yang dapat kami lakukan hanyalah berdoa untuk kesejahteraannya di akhirat nanti.. setelah itu sekujur tubuh telah pergi meninggalkan kami di sini yang terkapai2 dan dahaga akan kasih ibu..

sebelum meninggalkan kami, mak sempat melemparkan senyumannya ke arah kami dengan senyuman yang penuh bermakna dengan tidak dapat kami ungkapkan dengan kata2..

**********************************************************

"Innalillahi wainnailaihi raji'un...."
AL-FATIHAH utk arwah

Hanya secebis kenangan yang dapat saya kongsikan bersama, dan ingatlah berbuat baiklah kamu terhadap kedua ibu bapa kamu sepanjang hidupmu..
Nilai setitis kasih ibu adalah yg paling berharga ..
Sesungguhnya redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa..
YA ALLAH AMPUNKAN DOSAKU DAN KEDUA ORANG TUAKU.. :)