Assalamualaikum~
Alhamdulillah, dapat juga mengajaR anak-anak kecil di Al-huda dan fardu Ain, kerjaku seharian dari jam 2.45pm - 9.45pm . tugasku mendidik anak-anak kecil yang nakal , insyAllah dengan berbekalkan semangat yang ada untuk mendidik mereka .
macam mana la nak suh deme takot kat
kita, deme kata ustazah baik, smpai suara pun jadi lunak
sebab hari2 kena tinggikan suara . huk huk huk .
X saBar nak balik la ni. xsempat lagi cakap "qiaman" (bangun) .
Alhamdulillah, dengan cuti yang panjang ni sementara menunggu keputusan degree ni boleh la bersama2 anak-anak kecil ni, tapi rindu plak bila berjauhan dengan mereka . Kadang-kadang diorang akan ingat ustazah, bagi makanan la, hadiah la . subhanallah, semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah untuk ibu bapa mereka . Anak kecil itu ibarat kain putih yang tiada dosa, jangan kita biarkan mereka, anak kecil ni lah perlu diajar dan diasuh supaya menjadi manusia yang berguna .
Di musim cuti ni dapat juga join program sekolah , salah satunya di sekolah sendiri Maahad Muhammadi Perempuan , Alhamdulillah berpeluang jadi fasilitator . dan dapat perbagai ilmu dari ceramah2 dan selain dapat memanfaatkan masa yang terluang.
dengar ceramah dari ustaz Azhar KIAS , Alhamdulillah
sangat2 best mengenai cara menutup aurat dan ikhtilat
majlis penutup tamrin .
Baru2 ni join pula kem di Kospint (imtiyaz) tarikh 7-9/6, bersyukur dapat juga lihat dan bermalam di sekolah tersebut yang mana pelajar2 sekolah ni tak kurang juga hebatnya . bergandingan dengan fasi2 yg cukup hebat , tima kasih sahabat2 dari Unisza, IPG, Uia dan IQT. Ukhwah ini akan sentiasa mekar dalam ingatan .
Kembara sufi .
Explorace, solat dhuha bersama2 ahli group .
Sekian itu sahaja . Manfaatkanlah masa yang ada, jangan buang masa . jadikan hari ini lebih baik dari semalam .
huhu bestnyee tgok...ase cam nk join plak
ReplyDelete